Sangat menusuk hati melihat lengan Fakarudin berbekas merah.Itu penangan dua hari sudah.Sedihnya sampai terkeluar juga perkataan maaf dari hati buat dia.Aku cubit Fakarudin kerana bising di dalam kelas.
Tiada niat walau sedetik mahu menggunakan kekerasan pada mereka.Apa lagi daya?Tengking, marah langsung tak endah.Akhirnya cubitan mendiamkan dia.
Fakarudin riang sahaja menunjukkan bekas merah itu sepertinya mahu bercerita sebuah episod kartun kesukaan.Aku pula yang hampir terkeluar air mata.
"Maafkan cikgu ye Fakarudin.Nanti suruh la mak sapu ubat.Em kalau Fakarudin tak buat bising, gerenti cikgu tak cubit.."
Fakarudin macam blur tapi pada hujungnya, senyuman juga dia lemparkan pada cikgu.
Thursday, July 2, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
